Dr Aidh Abdullah al-Qarni, Penulis Motivasi Islam

By | June 29, 2012 at 10:12 am | 5,167 views | One comment | Tokoh dan Biografi, Uncategorized

Dr Aidh Abdullah al-Qarni ialah seorang ulama Arab Saudi juga penulis motivasi Islam terkenal di dunia masa kini.

Dr Aidh bin Abdullah al-Qarni dilahirkan pada tahun 1379H di perkampungan al-Qarn, sebelah selatan Arab Saudi. Beliau berasal dari keluarga Majdu’ al-Qarni. Memiliki ijazah kesarjanaan dari Fakulti Ushuluddin Universiti Islam Imam Muhammad ibn Su’ud tahun 1403-1404H dan sarjana dalam bidang Hadis Nabi tahun 1408H dengan tesis berjudul al-Bid’ah wa Atsaruha fi ad-Dirayah wa ar-Riwayah (Pengaruh Bid’ah terhadap ilmu Dirayah dan Riwayah Hadis).

Gelaran doktornya diraih dari universiti yang sama pada tahun 1422H dengan judul tesis “Dirasah wa Tahqiq Kitab al-Mafhum ‘Ala Shahih Muslim li al-Qurthubi” (Analisis Kitab al-Mafhum ‘Ala Shahih Muslim karya al-Qurthubi). Beliau telah menghasilkan lebih dari lapan kaset rakaman yang memuat khutbah, kuliah, ceramah, sejumlah bait syair dan hasil seminar-seminar kesusasteraan.

Dr Aidh Abdullah al-Qarni juga menghafal al-Quran (yang merupakan syarat mutlak sebagai mahasiswa di Arab Saudi, pada umumnya) dan juga hafal kitab hadis Bulughul Maram serta menguasai 5000 hadis dan lebih dari 10000 bait syair Arab lama hingga moden.
Aktiviti beliau boleh dikatakan tidak jauh dari kegiatan membaca dan menulis. Bahkan, ketika masih berada di dalam penjara, dua aktiviti inilah yang membuatnya sibuk. Menimba ilmu adalah hal utama bagi beliau yang mendalami ilmu syariah dan dakwah.
Selama 25 tahun, beliau mengharungi dunia dakwah. Kaset-kaset ceramahnya telah beredar dan berkumandang di sejumlah masjid, yayasan, universiti dan sekolah di pelbagai pelusuk dunia. Kitab-kitab karyanya yang berjumlah lebih dari 70 buah itu telah pula diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa.

La Tahzan, Karyanya Yang Paling Terlaris

Dr Aidh Abdullah al-Qarni ialah penulis buku paling terlaris berjudul La Tahzan. La Tahzan , 100 halaman pertamanya ditulis di dalam penjara mengandungi ayat-ayat Al-Quran, hadis dan kata-kata mutiara dari para ulama dan pemikir Barat. Bahasan dan bahasanya sangat sederhana, namun itulah kelebihan La Tahzan berbanding buku-buku yang lain.

Buku ini dinamakan La Tahzan kerana pertamanya, ini alasan dari Al-quran. Seperti yang difirman Allah SWT: La tahzan wa laa takhof (Janganlah bersedih dan janganlah takut). Ayat ini disampaikan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW ketika bersama-sama sahabatnya Abu Bakar Ash-Shiddiq memasuki Gua Tsur sebelum melakukan hijrah ke kota Yatsrib, Madinah al Munawwarah. Kedua, sesungguhnya kesedihan itu adalah penyakit alam seluruhnya. Muslim atau bukan Muslim, orang pasti mengalami kesedihan. Sedih karena sakit, sedih karena meninggal, sedih karena kesulitan hidup dan berbagai masalah. Jadi, karena alasan itulah makanya buku ini diberi judul La Tahzan.

Karya beliau ‘ La Tahzan ‘

Buku ini sudah diterjemahkan ke dalam 29 bahasa dunia. Di Arab Saudi sahaja, buku ini sudah dicetak lebih kurang 1,5 juta naskah. Di Indonesia dan Malaysia, buku ini juga sempat menjadi buku terlaris. Kelebihan buku beliau terlihat pada bahasan-bahasannya yang fokus, penuh hikmah, dan selalu memberi idea untuk merenung sebelum berlanjut pada bahasan berikut. Pada bahagian penutup, hadir pula kata-kata bijak yang menjadi intisari tulisan-tulisan sebelumnya.
Salah satu peristiwa yang mendorong beliau menulis buku La Tahzan ialah ketika beliau dipenjara selama 10 bulan, sekitar 10 tahun lalu. Beliau ditahan karena menerbitkan beberapa bait syair berkaitan dengan politik. Selama di penjara, beliau banyak membaca buku mengenai musibah dan masalah manusia, pembunuhan serta hubungan bapa dengan ibu atau anak dengan orang tua. Hal ini mendorong beliau untuk memberikan solusi kepada mereka.
Untuk menulis La Tahzan, beliau telah menggunakan lebih kurang 300 buku dari berbagai bahasa sebagai rujukan. Pada mulanya beliau menulis bab per bab. Namun, setelah difikirkan kembali, manusia akan bosan dengan cara penulisan seperti itu. Maka, Dr. Aidh telah menulis buku La Tahzan secara berlika-liku seperti sebuah taman, sehingga pembaca seperti sedang berjalan di tempat yang indah.
Di dalam buku La Tahzan juga, Dr Aidh mengajak pembaca agar tidak menyesali kehidupan, tidak menentang takdir, atau menolak dalil-dalil dalam al-Quran dan sunnah.
Dari 80 buah buku yang telah beliau tulis, hak cipta empat di antaranya (La Tahzan, Al-Azhamah, Hada’id Dzat Bahjah dan Fih ad-Dalili) telah beliau jual kepada dua orang agen buku di Arab Saudi. Akibatnya, walaupun jutaan buku terjual, Dr Aidh sama sekali tidak mendapatkan apa-apa. Barangkali inilah kekeliruan terbesar dalam hidupnya, yang tidak benar-benar beliau akui. Namun begitu, beliau tetap berperangsangka baik terhadap ujian yang diberikan Allah. Malah beliau menyatakan bahawa Islam itu lebih berharga daripada harta. Selain membuat beliau terkenal, yang terpenting, La Tahzan telah memberi banyak manfaat pada umat manusia.
Selain La Tahzan karya-karya beliau yang lain antaranya 30 Tips Hidup Bahagia, Berbahagialah: Tips Menggapai Kebahagiaan Dunia Akhirat, Menjadi Wanita Paling Bahagia, “Muhammad Ka annaka Tara”, Bagaimana Mengakhiri Hari-Harimu dan lain-lain lagi.Beliau turut mengarang syair.

Antara karya syair Dr. Aidh ialah berikut :

Kutanamkan di dalamnya mutiara,
hingga tiba saatnya ia dapat menyinari tanpa mentari
dan berjalan di malam hari tanpa rembulan.
Karena kedua matanya ibarat sihir dan keningnya laksana pedang buatan India
Milik Allahlah setiap bulu mata, leher dan kulit yang indah mempesona.

Sebuah lagi bait syairnya:

Betapapun kulukiskan keagungan-Mu dengan deretan huruf,
Kekudusan-Mu tetap meliputi semua arwah
Engkau tetap yang Maha Agung, sedang semua makna,
akan lebur, mencair, ditengah keagunganMu, wahai Rabbku.

 

Sumber:
http://profil-insan.blogspot.com/2009/03/dr-aidh-abdullah-al-qarni-penulis.html
http://youngmuslimsindo.blogspot.com/2005/09/biografi-dr-aidh-abdullah-al-qarni.html

Olahan : Ijlal Mohd Diah

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

One Comment

  1. rafiq (3 years ago)

    Salam-Hari ini Dr Aidh Al-Qarni akan mengadakan wacana ilmu bertajuk la tahzan minna Allah ma’ana di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Bangunan Lama Dewan Bahasa dan Pustaka di Jalan Loke Yew. Sesiapa yang berminat silalah hadir. MAsuk percuma. Dr Aidh Al-Qarni juga akan mengimamkan solat maghrib di menara DBP sebelum wacana bermula..bersama-samalah mengimarahkan majlis ilmu yang membawa kebaikan di dunia dan akhirat…amiin..

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri