Dari WhatsApp Ke Jalanan Untuk Palestin

By | July 12, 2014 at 7:09 am | 641 views | 2 comments | Artikel Bacaan, Isu Semasa

“Sesiapa tidak mengambil berat urusan kaum muslimin, maka dia bukan daripada kalangan mereka…….”.

Klang,11 Julai- Alhamdulillah,bermula daripada perbincangan di Whatsapp telah membawa seramai 7 orang yang mewakili Kelab Remaja HALUAN ( KeARAH ) & Kelab Siswa HALUAN ( HALUANSISWA ) Wilayah Tengah turun ke jalanan untuk membuat kutipan dana sumbangan di samping menjual barang cenderamata dari HALUAN Palestin seperti keychain,tshirt , mafla dan sebagainya.
Merasa terpanggil untuk membantu saudara-saudara seakidah di Palestin yang diuji dengan serangan Zionis pada ketika ini menjadi antara sebab mereka bertekad untuk melaksanakan usaha ini.

Usaha yang bermula di sekitar kawasan bazar Ramadhan dan pasar malam Jalan Kebun , Klang bermula jam 5 petang hingga 7.30 petang ini telah berjaya memperoleh kutipan sebanyak RM3,647.00.
Moga usaha kecil ini dipandang dan dinilai oleh Allah SWT sebagai suatu amal soleh dan menjadi hujah untuk membantu saudara-saudara seakidah di akhirat nanti.InshaALLAH.

Tahniah & teruskan!
#PrayForGAZA

Booth Jualan

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

2 Comments

  1. farhannah (2 years ago)

    Salam.di mana sy blh dapatkan mafla Palestine yer?

  2. Radhi (2 years ago)

    Waalaikumussalam,boleh dapatkan dengn wakil Biro HALUAN Palestin di talian 012-9547861.Sementara stok masih ada

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri