Couple Itu Membahayakan Anda

By | May 14, 2012 at 8:42 am | 1,652 views | No comments | Isu Semasa

“Couple” dapat diistilahkan sebagai pasangan yang berbeza jantina yang menjalinkan hubungan cinta atas dasar memenuhi tuntutan ammarah (nafsu).

Remaja sekarang amat berbangga jika bercakap tentang “couple” masing-masing, tanpa mengetahui samada hubungan itu diredhai Allah atau dimurkai.

Persoalannya,adakah istilah “couple” ini wujud di dalam Islam , apakah hukumnya?

Mengikut hukum syarak menjalinkan hubungan cinta dengan perempuan atau lelaki (couple) sebelum kahwin adalah haram.

Apabila tiba masa untuk kahwin maka Allah akan ketemukan kita dengan pasangan yang sepadan dengan kita,dan waktu itu kita disuruh untuk berjumpa dengan keluarga wanita itu untuk disunting atau dilamar.

Pertunangan dalam Islam adalah untuk kita mengenal ‘bakal pasangan’ kita dahulu,

tetapi waktu bertunang juga kita tidak digalakkan selalu bertemu atas dasar mematuhi dasar syariat.

Begitu tersusunnya Islam hinggakan adat perkahwinan juga telah disediakan,walaupun kelihatan seperti kolot dan terlalu mengongkong

tetapi dapat mengelakkan kita dari melakukan zina ataupun perkara-perkara yang menghampiri kepada zina.

Antara 2 hati perlu dipelihara batasannya

Jika bercinta atas dasar nafsu,adakah cinta itu akan bertahan lama hingga ke jinjang perkahwinan?

Kebiasaannya cinta yang terjalin atas dasar nafsu tidak akan bertahan lama,kebiasaannya setelah ‘ditebuk’ si binatang jantan akan meninggalkan si binatang betina terkontang-kanting,sebab tiada lelaki yang nak ‘memakai’ barang ‘second hand’.

Dan akhirnya segala sandiwara cinta itu berakhir dengan kesengsaraan yang akan terpahat dalam hati mangsa.

Selain itu,kita telah maaruf bahawasanya hukum memandang perempuan ajnabi yang bukan muhrim dengan kita adalah haram jika tiada bersebab.

Jadi kalau pandang dah haram apatah lagi ber”couple” sudah tentunya haram.

Jika dilihat dengan pandangan mata kasar,ber”couple” sebenarnya lebih banyak mendatangkan mudharat dari manfaat.

Ini telah dibuktikan dengan ribuan kes buang anak telah dilaporkan sepanjang beberapa tahun yang lepas. Semua ini berpunca dari sandiwara “couple” yang semakin menjadi-jadi.

Hari ini bala Allah telah datang ke Malaysia tetapi tersangkut di Jepun,tsunami yang berlaku di negara Jepun seolah tidak memberikan kesan kepada remaja di kita.

Disamping itu,baru-baru ini gempa bumi yang berlaku di Aceh yang menyebabkan beberapa buah negeri di semenanjung Malaysia telah merasai tempias gegaran tersebut.

Keadaan ini juga telah menyebabkan ramai pihak membuat andaian akan terjadinya tsunami namun kejadian sebegitu tidak lagi menyedarkan kita.

Haruslah diingati bahawa pemimpin memainkan peranan penting dalam membanteras gejala ini,tetapi jika pemimpin juga memandang ringan akan hal ini,tunggulah utusan Allah yang berupa bencana akan datang menegur penduduk di Malaysia.
Jangan nanti sudah terhatuk baru terngadah.

Nah!!!sekarang sudah terpampang didepan kita percintaan halal dan haram,terpulang ke atas hati budi masing-masing untuk melihat mana baik mana buruk,barang diingati bahawa percintaan yang bahagia dan mulia disisi Allah adalah percintaan selepas nikah, dan seteruk-teruk cinta adalah cinta adalah cinta nafsu yang mana akan mengundang banyak bala dari Allah.

Adakah kita mahu bencana kiriman Allah seperti ini menggegar negara kita baru kita nak insaf!!!!Baru kita nak kembali ke pangkal jalan.

Semua manusia takut dengan kejadian seperti ini,tetapi tanpa mereka sedari dalam diam mereka meminta agar bala seperti ini menimpa atas mereka.

Saya mencabar kepada orang yang sedang bercouple agar datangkan satu dalil dari mana-mana ayat al-quran,hadis atau qias atau ijtihad para ulama yang menghalalkan “couple”.

Atau datangkan kepada saya mana-mana kisah-kisah anbiya,aulia,para sahabat,dan ulama yang mereka bercouple sebelum berkahwin. Jika ada!!! saya akan tarik balik segala hujah yang saya kemukakan

Akhir,ketahuilah semua bahawa syariat islam itu indah jika diamalkan dengan ikhlas .

Dan sesungguhnya tiada cinta yang lebih indah melainkan cinta kita kepada Rabbul Izati.Dan ingatlah bahawa ‘no couple untill akad’.

Binalah ‘couple’ yang dihalalkan oleh Allah.

WALLAHu’alam.

Nukilan : Mashitah Amran

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri