Remaja Serba Boleh Di KMK Kelantan 2012

By | November 17, 2012 at 11:08 pm | 981 views | No comments | Berita, KeARAH Wilayah Timur

Besut – Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Kelantan telah menganjurkan Kem Minda Kreatif (KMK) pada 13hb hingga 15hb November 2012 di lokasi pilihan Kem Sri Keluang, Besut, Terengganu. Seramai 146 orang peserta yang terdiri daripada sekolah SMK Machang, Maahad Sains Al-Quran Al-Amin, SMKA Melor, SMA Kampung Laut, Maahad Muhammadi Perempuan dan banyak lagi telah menyertai kem pada kali ini. Sebanyak 39 orang tenaga penggerak urusetia dan fasilitator yang terdiri daripada mahasiswa/i seluruh Malaysia yang telah bersama-sama berganding bahu menjayakan program KMK kali ini.

Barisan peserta lelaki

Jawatankuasa pelaksana kem pada kali ini diketuai oleh En Mahmud bin Jaafar, Penasihat KeARAH Kelantan. Kem dibawah pimpinan saudara Mohamad Fatmi Mansur bin Che Sarimuzi selaku Kem Komandan dan dibantu oleh Timbalan Kem Komandan, saudari Widad binti Kamarudin ini mempunyai misi yang besar untuk dicapai. Antara objektif utama KMK kali ini ialah menerapkan nilai tarbiyyah dalam diri remaja yang mampu melahirkan remaja yang berkualiti dari sudut rohani, jasmani dan emosi, menanam dalam diri peserta untuk memiliki ikatan ukhwah Islamiyah yang sebenar dan juga melatih ketahanan diri serta kecergasan fizikal agar mampu berdikari dalam semua keadaan.

Pada hari pertama, selepas taklimat ringkas program, para peserta melibatkan diri dalam aktiviti Pecahkan Ais, yang menyediakan pelbagai permainan menarik sperti Kau Kerusiku, City Bundle dan banyak lagi. Diserikan lagi dengan sajian aktiviti dalam berkumpulan Belon Si buta, You Are Under Arrest, dan Pintu Doreamon.

Kau kerusiku

Malamnya pula, slot Kehebatan Saya dikendalikan oleh En Siddiqi bin Jamaluddin, berjaya membuka lembaran para sahabat Nabi yang harus dijadikan ikutkan remaja zaman kini.

Slot Minda Kreatif dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator, terbahagi kepada dua bahagian Fizikal dan Mental. Aspek Fizikal lebih kepada kepada War Game antaranya Dota game, manakala mental lebih kepada debat, menggalakan peserta untuk berkongsi maklumat dan pencambahan idea.

Persediaan untuk dota game

Menjelang hari kedua, slot Remaja Kontemporari Mencorak Identiti kendalian En Mohd Razali Maarof berjaya melahirkan kesedaran dalam diri peserta bahawa merekalah tunjang masa depan dunia.

Dapur Berasap

Pada hari yang sama, para peserta berpeluang untuk menjadi chef muda sehari dengan menghasilkan menu makan tengah hari sendiri melalui aktiviti Dapur Berasap.

Aktiviti Nightwalk di sekitar tapak kem pada awal pagi adalah sebagai pembuka tirai hari terakhir program ini. Seusai sarapan, peserta mengikuti jungle trekking di trek khas yang disediakan khusus untuk aktiviti mencabar ini. Istimewanya, selari dengan nama program ini, peserta dapat mendaki bukit dan meneroka hutan. Dengan himmah yang tinggi mampu menawan sebuah bukit.


Night Walk


Selesai mendaki Bukit Keluang

Barisan peserta perempuan

KMK kali ini melabuhkan tirainya menjelang menjelang petang dengan acara perasmian penutup oleh Dr Mohd Ariff bin Mohd Rashid, Timbalan Pengarah 2 HALUAN Kelantan. Semoga Allah menerima amalan kami semua insya-Allah.

Barisan penggerak KMK 2012 Kelantan

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri