Bertaut Semula di Tautan Hati Siri 12 KeARAH Kelantan

By | May 14, 2014 at 11:23 pm | 545 views | No comments | Artikel Bacaan, Berita, KeARAH Wilayah Timur, Pembangunan Modal Insan

KOTA BHARU, 12 Mei 2014 – HALUAN Kelantan dengan kerjasama HALUANITA Kelantan dan Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Kelantan telah menganjurkan program Tautan Hati Siri 12 selama dua hari bermula Jumaat 9 Mei di Pantai Sri Chap, Bachok. Program santai ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta lepasan Program Hijrah Menara Gading (HiMEGA) yang terdiri daripada 30 orang lelaki dan 30 orang perempuan.
Antara objektif program ini dianjurkan adalah bagi mengumpulkan para lepasan HIMEGA baru-baru ini untuk saling bertaaruf dan mengeratkan ukhwah. Selain itu, ia juga adalah sebagai proses untuk mewujudkan suasana yang baik serta mendidik dalam kalangan lepasan HIMEGA yang masih bercuti buat masa ini. Pengarah program Tautan Hati, Saudara Ahmad Akram Solihin bin Zakaria dalam ucapan beliau, “Sebagai remaja Islam, kita harus sentiasa mendekatkan diri kita dengan suasana yang mendidik jiwa, iaitu suasana didikan Islam, kerana hanya dengan didikan Islam, kita dapat menjadi remaja muslim yang lebih baik dan produktif”.

Berkongsi makanan yang sama

Program ini julung-julung kali diadakan dalam kalangan remaja untuk mengeratkan ukhuwwah sesama ahli KeARAH Kelantan bersama para lepasan HIMEGA. Di samping itu, program ini juga diadakan bagi mempromosikan Kolej Teknologi Darul Naim, KTD kepada peserta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekitar negeri Kelantan.
Aktiviti kemuncak pada malamnya iaitu barbaque yang turut dimeriahkan oleh ahli-ahli HALUAN Kelantan. Peserta turut dihidangkan makanan rohani dengan amanat oleh Presiden HALUAN Malaysia, Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman yang turut hadir pada malam itu. Memetik kata-kata beliau dalam ucapannya, “Sebagai manusia kita wajib untuk sentiasa melihat segala yang ada dengan pandangan agama, hanya mengharapkan redha Allah.”

Inilah Barbeque kami

Pada hari kedua, peserta diberi kebebasan untuk melakukan aktiviti pantai yang bermula selepas subuh hingga jam 8 pagi. Usai bersarapan, peserta didedahkan tentang KTD oleh En. Jumat b. Mat Salleh dari Puncak Himmah Consultancy yang juga merupakan bekas graduan KTD.
Kalimah akhirah telah disampaikan oleh Dr. Zulkifli, Penasihat Program Tautan Hati. Beliau menegaskan bahawa zaman persekolahan telah tamat dan akan memasuki fasa baru dalam pembelajaran. Oleh itu, remaja memerlukan bimbingan yang baik, kerana bimbang dipengaruhi unsur luar yang merosakkan.

 

Laporan disediakan oleh,
Fatin ‘Aliah binti Rusli,
Penggerak KeARAH Kelantan 

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri