Berpendirianlah Seteguh Uhud

By | October 29, 2013 at 12:15 am | 581 views | No comments | Artikel Bacaan, Pembangunan Modal Insan, Remaja dan Mahasiswa

Pernahkah anda mengalami situasi sebegini?

Hisham merupakan mahasiswa semester akhir perubatan. Tekanan pelajaran dan bebanan tugas menyebabkan prestasinya menurun. Lantas dia mengambil keputusan drastik menukar jurusan. Kali ini dia memilih bidang perniagaan. Namun, setelah tiga semester berada dalam bidang tersebut dia berasa menyesal kerana perniagaan bukanlah minatnya. Hidupnya berubah menjadi tidak seceria dahulu. Dia berasa alangkah baiknya seandainya dia menghabiskan sahaja jurusan perubatan yang dipilihnya dahulu.

Konflik terbesar dalam hidup manusia
Kes Hisham merupakan kes yang tidak asing lagi kerana rata-rata mahasiswa berdepan dengan bebanan pelajaran. Lumrahnya semakin bertambah semester, semakin berat tugasan yang perlu ditanggung. Menurut Dr. Aidh Abdullah Al-Qarni (2010), manusia sering berdepan dengan perasaan gugup dan ragu-ragu terutamanya apabila berdepan dengan empat masalah berikut;
1. Menentukan tempat belajar dan jurusan yang ingin diambil
2. Memilih pekerjaan yang sesuai
3. Menentukan calon pernikahan
4. Membuat keputusan untuk menjatuhkan talak
Kisah Ustaz Ali
Pernahkan anda mendengar kisah seorang ustaz yang diselubungi rasa ragu ketika baru memulakan kariernya? Bagi mendapatkan jawapan, Ustaz Ali meminta nasihat daripada Ustaz Amir yang lebih senior tentang apa yang perlu dilakukannya. Ustaz Amir membalas soalannya dengan memberikan kudup bunga ros dan meminta Ustaz Ali membukanya tanpa mengoyakkan kelopak bunga tersebut. Meskipun Ustaz Ali sedar bahawa perkara berkenaan sangat mustahil, dia tetap mencuba dek rasa hormatnya terhadap Ustaz Amir. Akhirnya, setelah melihat Ustaz Ali tidak berjaya melakukannya, Ustaz Amir menghadiahkannya sebuah sajak;

Maka, perasaan ragu-ragu yang menimbulkan konflik dalam kehidupan acapkali berpunca dari kelemahan manusia yang sering diganggu perasaan tidak yakin dengan keputusan diri. Seringkali dia bersandar hanya pada kemampuan diri yang terbatas dalam membuat keputusan dan akhirnya tersasar. Khurram Murad (1999) menerangkan konsep keyakinan diri; “Self-confidence is thus borne of total reliance and trust in Allah. It is knowing that at every step of your journey Allah is there assisting you. If you constantly hold yourself back believing that you are weak and incapable and blame your incompetence on minor inadequacies, then you are bound to fail. You must never allow yourself to believe or feel that Allah has treated you unfairly or that He has placed upon you a burden you cannot shoulder for on no soul does Allah place a burden greater than it can bear. [al-Baqara 2:286.]”

Berpendirianlah seteguh uhud!
Menurut Dr. Aidh Al-Qarni (2010), ciri istimewa orang mukmin ialah terencana dalam melangkah, kukuh dalam pendirian, tegas membuat keputusan dan tekad yang kuat sepertimana firman Allah; “Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, kemudian mereka tidak ragu-ragu” (Al-Hujurat:15).

Sedangkan ciri orang munafik ialah seringkali membuat keputusan yang tidak lurus, mengingkari keputusannya dan memungkiri janjinya sepertimana yang diterangkan oleh Allah s.w.t; “…mereka bimbang dalam keragu-raguannya” (At-Taubah: 45). Maka, buanglah rasa ragu dan berpendirianlah seteguh uhud!

Solusi konflik terbesar dalam hidup manusia
Justeru, terdapat beberapa langkah efektif yang wajar diambil iaitu;
1. Pelajaran
Meminta pendapat orang lain dan beristikharah kepada Allah. Seterusnya, belajar dengan yakin dan menggunakan masa secara optimal tanpa rasa ragu.

2. Karier
Barangsiapa dibukakan sebuah pintu rezeki, maka hendaklah ia menekuninya. Maksudnya, rezekinya memang ada di situ dan dia cuma perlu berusaha dan yakin bahawa Allah akan menghadirkan kemudahan, pertolongan dan hikmah kepadanya.

3. Berusaha dan berdoalah


(Allahumma a’inni ‘ala zikrik, wa syukrik, wa husni ibadatik)
Konklusinya, pendirian merupakan aspek utama dalam kejayaan hidup manusia. Yakinlah dengan pertolongan Allah setelah membuat keputusan dan berusahalah seoptimum mungkin.
“Be like a postage stamp. Stick to one things until you get there” (Josh Billings).

Rujukan
Aidh Al-Qarni. (2010). Berpendirianlah Seteguh Uhud. In La Tahzan (Buku Ketiga) (pp. 306-311). Batu Caves: Al-Hidayah Publication.
Khurram Murad. (1999). Reliance on Allah. In In The Early Hours (p. 13). Leicester.
Unfolding A Rose. (n.d.). Retrieved September 11, 2013, from IslamCan.com: http://www.islamcan.com/islamic-stories/unfolding-a-rose.shtml

Karya,
Atiqah Azmi
B.Ed Tesl, UPM 

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri