Berlabuhnya Kem Minda Kreatif ( KMK ) Kelantan 2014 , Tahniah!

By | December 6, 2014 at 11:14 am | 486 views | No comments | Berita, KeARAH Wilayah Timur

Machang, 29 November 2014 – Kelab Remaja HALUAN Kelantan telah berjaya menganjurkan Kem Minda Kreatif (KMK) bertempat di Kompleks Perhutanan Bukit Bakar. Kem ini telah dihadiri seramai 64 orang peserta dalam kalangan sekolah menengah di seluruh Kelantan. Kem yang bertemakan “Remaja Rabbani, Impian Syurga” ini bertujuan untuk menerapkan kefahaman akidah, ibadah dan akhlak dalam kalangan remaja disamping mengembangkan sisi kreativiti mereka.


Creative Checkpoint

Setelah usai pendaftaran, program dimulakan dengan sesi Heart Setting bertajuk “Nokhtah Bidayah Dalam Amal” yang disampaikan oleh Cikgu Mahmud bin Jaafar. Selepas makan tengah hari dan solat, program diteruskan dengan taklimat program oleh Pengarah, aktiviti ice breaking dan team building. Pada sesi malam adalah Slot pertama yang bertajuk “Remaja Rabbani Pewaris Rasullullah” yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Rahhim. Beliau menceritakan tentang 10 ciri manusia yang dinaungi syurga dan antara pengisian yang menjadi sebutan para peserta adalah memulakan segala sesuatu dengan bismillah.


Bermulanya Creative Checkpoint

Hari kedua Kem Minda Kreatif ini dihangatkan lagi dengan Creative Checkpoint di mana pelbagai aktiviti yang menguji kreativiti dijalankan. Melalui Creative Checkpoint ini juga semangat ukhuwwah antara peserta juga makin subur. Kem Minda Kreatif benar-benar menguji kekreatifan dan berjaya mencungkil bakat peserta dengan adanya persembahan dari peserta iaitu Malam Bintang KMK.
Pada hari ketiga, para peserta ditayangkan dengan beberapa video dalam slot Skrim Pawagam. Slot ini membuka fikiran para peserta betapa dasyatnya penduduk bumi pada zaman kini dan terdapat juga video yang memberi pengajaran nilai murni.
Kem ini melabuhkan tirainya dengan ucapan perasmian yang diberikan oleh Encik Kamaruddin bin Deraman, selaku Pengerusi Biro Tarbiyyah Haluan negeri Kelantan. Dalam ucapan perasmian, beliau menyatakan hasrat yang begitu besar agar semua peserta melakukan perubahan dan merindui kem seperti ini. Beliau juga turut menyeru para peserta agar berusaha menjadi pemuda yang dirindui syurga bertepatan dengan tema kem minda kreatif pada kali ini.


Peserta terbaik

Ketika majlis perasmian penutupan, adik Muhd Naqib bin Nasir, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gaal selaku wakil peserta mengatakan beliau sangat bersyukur kerana berpeluang menyertai kem ini buat kali pertama dan menyatakan hasrat untuk melakukan perubahan diri. Beliau juga menyatakan di kem ini beliau berpeluang untuk solat sunat sebelum dan selepas solat farhu buat kali pertama dan akan cuba untuk berterusan dalam mengamalkannya. InsyaALLAH.


Ustaz Abdul Rahim bersama pengarah KMK , Encik Muhammad Zubairi Zakaria

Disediakan oleh :
Nurul Zati Amani bt Mahmud,
KeARAH Kelantan


About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri