Ayuh ke STAR3 2017, YoungStars 3RD Biannual Gathering 2017

By | November 10, 2017 at 3:14 pm | 484 views | No comments | Berita, KeARAH Nasional

YoungStars3 Biannual Gathering 2017 atau STAR3 2017 kembali mengisi musim cuti sekolah anda. Program STAR3 anjuran Kelab Remaja HALUAN ini adalah program kali ke-tiga yang diadakan setiap dua tahun sekali bermula pada tahun 2013 dan telah mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada peserta dari seluruh Malaysia temasuk Sabah dan Sarawak. Program ini akan diadakan pada 2 Disember 2017 hingga 3 Disember 2017 bertempat di Tawar Farm and Plantation, Parit Bunga, Tangkak, Johor yang akan mengumpulkan para remaja yang berusia 13 hingga 17 tahun dari pelbagai negeri di Malaysia.

STAR3 dengan tema “Sinergi Remaja, Aspirasi Ummah” membuka peluang dan ruang kepada anda untuk memenuhi masa lapang dengan program yang bermanfaat sekaligus dapat mencungkil bakat dan potensi remaja dalam kepimpinan dan dapat mengasah serta mempamerkan kreativiti masing-masing dalam pertandingan yang telah disediakan untuk semua peserta.

Program yang berlangsung selama dua hari ini akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik dalam membentuk jati dan jiwa remaja selari dengan tema program. Antara aktiviti utama program ini ialah diskusi forum remaja, ucapan dan slot yang akan menampilkan beberapa tokoh hebat dalam pelbagai bidang pendidikan dan pembangunan insan termasuk Ustaz Anas Mokhtar, Ustaz Umar Aiman, Encik Jumat Mat Salleh, SR. DR. Abdul Hakim, Tuan Mohammad Erwan Zaki, Tuan ‘Izzat Ibrahim dan Dr. Noor Azah yang bakal mengupas, membentang dan mengemukakan idea-idea dan pendapat yang bernas dalam membincangkan isu-isu dan kecenderungan remaja hari ini.

Aktiviti yang pasti menjadi tarikan para remaja juga tidak ketinggalan dalam aktiviti utama program ini. STAR3 telah menyediakan beberapa pertandingan menarik bagi memberi peluang kepada peserta mengasah bakat terpendam masing-masing. Antaranya ialah penulisan cerpen, deklamasi sajak, pengucapan awam, fotografi, video pendek, video aktiviti negeri, inovasi kreatif, memanah dan persembahan negeri. Hadiah menarik menanti anda bagi setiap pertandingan yang dipertandingkan.

Yuran hanya RM50 sahaja termasuk makanan, penginapan dan sijil penyertaan.

Pembayaran boleh dibuat melalui:

Akaun : MAYBANK

No. Akaun : 159012783971

Nama : SOFIYAH BT NORDIN

 

JOM SERTAI SEKARANG! Tampil dan serlahkan bakat anda di STAR3 2017!

Pendaftaran online di http://goo.gl/NmuBW6

Mklumat lanjut, sila like dan follow Facebook STAR3

http://m.facebook.com/KeARAHyoungStars/

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Ustaz Khairy – 019-7994097

Ustazah Fathymah –  016-2404856

Syarat penyertaan:

http://goo.gl/eQJr5P

Anjuran:

Kelab Remaja HALUAN (KeARAH)

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri