Anak-Anak KeARAH Perlis Menyusuri RIMBA

By | May 14, 2012 at 4:21 pm | 563 views | No comments | KeARAH Wilayah Utara

Batu Pahat, Perlis: Kem Rekreasi Iman Bestari (RIMBA) telah dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Perlis  pada 11-12 Mac 2012 di Batu Pahat, Perlis. Dua kem berjalan serentak iaitu RIMBA sekolah rendah (KASeH) diadakan di Semarak Resort dengan penyertaan seramai 80 orang  (37 lelaki dan 43 perempuan) dan RIMBA sekolah menengah yang disertai seramai 51 orang (24 lelaki dan 27 perempuan)  peserta diadakan di Eagle Park Resort.

Antara pengisian yang menarik ialah tazkirah yang disampaikan oleh Cikgu Azmi Bahari bertajuk Iman, Amal dan Akhirat dan Ustaz Abd Salem Abd Wahab dengan tajuk Membina Jati budi Muslim. Di RIMBA menengah diadakan pertandingan memasak. Eksplorace bertemakan ukhuwwah juga diadakan bagi kedua-dua kem. Menurut En. Abd Hamid Ahmad, Pengerusi Kelab Remaja HALUAN ( KEARAH ) Perlis , kem-kem ini, disamping menjadi medan dakwah untuk meyampaikan kesedaran Islam kepada kanak-kanak dan remaja, ia juga merupakan medan untuk mentarbiah ajk yang terlibat sebagai  urus setia dan fasilitator dalam kerja-kerja pengurusan dakwah dan tarbiah.

Anak-anak lelaki RIMBA

RIMBA kali  ini merupakan siri ke-4 dan bertemakan Iman, Amal dan Ukhuwwah. Kem ini turut dibantu oleh 48 orang urus setia dan fasilitator dan 12 orang AJK HALUAN negeri Perlis. Kem sekolah rendah dipimpin oleh Ahmad Muhaimin Abral sebagai pengarah, Tasnim Insyirah sebagai timbalan pengarah dan Nabihah Nawawi sebagai setiausaha manakala kem sekolah menengah dipimpin oleh Mahfuzah Abd Halim sebagai pengarah, Muhammad Hannan Khairul Anuar sebagai timbalan pengarah dan Nailah Abd Kadir sebagai setiausaha.

Anak-anak perempuan RIMBA

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri