Akhlak & Jati Diri Berputik Di ProCAST Sabah

By | November 15, 2012 at 8:05 am | 719 views | No comments | Berita, KeARAH Wilayah Sabah & Sarawak

Kunak ,12 November – Pada 10 hingga 12 November , HALUAN Sabah bersama Pejabat Pelajaran Daerah Kunak telah menganjurkan  Program Cemerlang  Akademik Sahsiah Terpuji ( ProCAST )  bertempat di  sekitar Sekolah Kebangsaan Pangi Kunak di Pantai Sarina.


Tazkirah Kubur


Kembara Iman

Procast Sabah 2012 disertai seramai 47 orang peserta , 20 orang lelaki dan 27 orang perempuan yang rata-ratanya terdiri dari para pelajar dari  3 buah daerah merangkumi 8  buah sekolah iaitu  SMK Kunak , SMK Kunak Jaya , SMK Madai , SMU Islam Kunak , SMK Terusan Lahad Datu , SM Sains Lahad Datu , SMK Silabukan Lahad Datu dan  SMK Abdullah Semporna.


Latihan Dalam Kumpulan

Program ini bertujuan untuk mencetuskan kesedaran kepada para peserta dalam aspek pembinaan akhlak mulia dan memiliki jati diri yang terpuji dalam kalangan pelajar adalah suatu keperluan masa kini.

Diharapkan ProCAST yang telah berlalu ini menjadi titik mula kepada para peserta untuk menjadi individu yang memiliki akhlak yang mulia dan mampu memberikan sumbangan kepada masyarakat sekelilingnya.


Ucapan penutupan dari wakil HALUAN , Profesor Madya Dr. Hj Azizan Ahmad


Majlis penutupan perasmian disempurnakan oleh Ust Abu Samah Bin Abu Bakar
Penyelia Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kunak

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri