Akhirat!!Allahuakbar!! Bergema di KASeH Wilayah Tengah 2014

By | December 11, 2014 at 10:11 am | 386 views | No comments | Berita, KeARAH Wilayah Tengah, Remaja dan Mahasiswa

Kem Anak Soleh 2014 atau KASeH 2014 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 5 hingga 7 Disember 2014, Jumaat hingga Ahad yang lalu bertempat di Kem Bumi Jati, Shah Alam, Selangor. Program ini telah dijalankan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) dengan kerjasama HALUANITA cawangan Wilayah Tengah. Kem kali ini dipimpin oleh Puan Nur Sarah Binti Abd Rashid sebagai Pengarah manakala Saudara Abuzar Izrail Bin Mohd Rozali dan Saudari Asmaa Nadhirah Binti Mohd Nasaruddin selaku Timbalan Pengarah 1 dan 2 juga dibantu oleh 14 orang fasilitator dan 20 orang urusetia. KASeH pada kali ini dihadiri seramai 110 orang peserta dengan masing-masing 59 orang peserta lelaki dan 51 orang peserta perempuan yang datang dari serata Wilayah Tengah.


Pendaftaran KASeH

KASEH pada kali ini bertemakan “ JOM JADI ANAK-ANAK AKHIRAT! ” dengan membawa beberapa objektif iaitu, peserta dapat memahami Allah swt adalah Raja Penguasa (Al Malik) dan juga Pemilik (Al Maalik) Hari Pembalasan. Selain itu juga, peserta dapat menghayati ibadah seorang hamba yang tunduk dan cinta kepada Allah swt. Di samping itu, peserta dapat menyedari bahawa Al-Quran sebagai panduan hidupnya.


Taklimat Kem dan Heart Setting

Program dimulai dengan tayangan video dan taklimat kem yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah 1 iaitu Saudara Abuzar Izrail Bin Mohd Rozali , manakala Team Building telah dikendalikan oleh Saudara Ahmed Ibrahim Bin Ahmad selaku Komanden Kem telah membentuk 5 kumpulan lelaki dan 5 kumpulan perempuan. Aktiviti untuk Ice Breaking ialah Oh My Jannah, Merentas Dunia dan Abang Kata. Manakala Team Building, Negara Rahmah, Larian King-Kong dan Setiap kumpulan melantik Ketua, Nama Kumpulan dan Trade Mark Kumpulan.


Team Building

Pada Keesokan paginya, Setelah peserta membuat persiapan diri dan melaksanakan solat subuh, Komanden Kem membuat sedikit perkongsian hidupnya bersama Al-Quran. Selepas bersarapan, program diteruskan dengan ceramah pertama yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Adni bin Abd Razak mengenai Al-Quran dan Peta Hidup.

Seterusnya, peserta diminta membuat persembahan daripada apa yang diperolehinya semasa penyampaian Ustaz Adni sebentar tadi.Selepas selesai solat zohor, Komanden Kem memberi taklimat pada peserta mengenai Kembara Solat dimana mempunyai lima checkpoint sepanjang perjalanan mereka :

1) Berdiri, Takbiratul Ihram, Niat
2) Membaca Doa Iftitah & Surah AlFatihah
3) Rukuk, I’tidal, Doa Qunut
4) Sujud, Duduk antara 2 sujud
5) Tasyahud Awal & Tasyahud Akhir

Pada malam kedua KASeH, slot Sirah Nabi Sulaiman AS yang sangat menarik bersama Sheikh Muhamad Ahmad dari Mesir dan diterjemahkan oleh Ustaz Adni.


Sirah Nabi Sulaiman bersama Sheikh Muhammad Ahmad & Ustaz Adni

Setelah itu, Program KASeH 7 diakhiri dengan Majlis Penutupan yang dipengerusikan oleh Saudara Muzammil Bin Shamsuddin dan Mohammad Aiman Bin Mahamad Fuad. Mereka telah menjemput wakil peserta untuk memberitahu pengalaman mereka sepanjang program. Setelah itu, majlis menjemput komanden kem, Saudara Ahmed Ibrahim Bin Ahmad untuk memberi kata alu-aluan. Beliau berharap adik-adik peserta mampu mengamalkan apa yang mereka telah dapat apabila pulang ke rumah nanti. Kemudian, dijemput Tuan Mohd Nasaruddin Bin Abdul Manaf selaku Pengerusi KeARAH Nasional untuk mengatakan harapan beliau. Majlis diserikan lagi dengan lakonan yang dipersembahkan oleh wakil kumpulan. Seterusnya, majlis penutupan telah menayangkan video montaj yang memaparkan gambar-gambar beserta video KASeH. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sijil yang telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Nasaruddin Bin Abdul Manaf. Tepat jam 4.30 petang, KASeH 2014 melabuhkan tirainya.


Laporan disediakan,
Sharifah Khadeejah Binti Syed Muhamad Haleem
KeARAH Wilayah Tengah

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri