“Adik,Jom Solat” di KASeH Kedah 2014

By | June 12, 2014 at 5:45 pm | 648 views | No comments | Artikel Bacaan, Artikel Umum, KeARAH Wilayah Utara

Kem Anak Soleh 2014 atau KASeH 2014 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 9 hingga 10 Jun 2014, Ahad dan Isnin yang lalu bertempat di Pantai Merdeka, Sungai Petani Kedah. Program ini telah dijalankan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) cawangan Kedah. Kem kali ini dipimpin oleh Saudara Mu’az bin Mohd Asri sebagai Pengarah manakala Saudari Ayuny Binti Mohd Roslan selaku Timbalan Pengarah dan dibantu oleh 11 orang fasilitator dan 19 orang urusetia. KASEH pada kali ini dihadiri seramai 50 orang peserta dengan masing-masing 12 orang peserta lelaki dan 38 orang peserta perempuan yang datang dari serata Kedah.


Pendaftaran peserta

KASEH pada kali ini bertemakan “ADIK, JOM SOLAT, SYURGA MENANTIMU!” dengan membawa beberapa objektif iaitu, peserta dapat mempraktikkan amali solat dengan sempurna dan menyedari dirinya sebagai hamba hanyasanya kepada Alah swt serta mengikuti dan berlatih untuk mengamalkan beberapa cotoh amalan Rasulullah saw.
Program dimulai dengan tayangan video dan taklimat kem yang disampaikan oleh Komanden Kem iaitu Saudara Mu’az Bin Othman. Sesi Ice Breaking dan Team Building telah dijalankan dan telah membentuk 3 kumpulan lelaki dan 6 kumpulan perempuan. Aktiviti untuk Ice Breaking ialah Kelopak Jantung, ‘Who I Am?’ dan Kaki Panjang. Manakala Team Building, Kotak Taaruf, Money2, Where are You, My Face dan Menaiki Rakit.


Aktiviti Ice breaking dan team Building

Pada sebelah malam, Slot pertama telah dikendalikan oleh Komanden Kem untuk taklimat Kembara Solat 1. Seterusnya, Makcik Balqis memberi sedikit pencerahan mengenai kepentingan solat kepada adik-adik KASeH.
Pada keesokkan harinya, peserta ber’Qiyamullail’ bersama-sama di padang. Selepas melaksanakan solat Subuh, mereka bermain War Game dengan menggunakan belon berair. Selepas bersarapan, program diteruskan dengan Kembara Solat 2 dan 3. Terdapat 5 checkpoint sepanjang perjalanan mereka.
1. Istinjak
2. Wudhuk
3. Rukun Solat 1-4
4. Rukun Solat 5-9
5. Rukun Solat 10-13 dan doa selepas solat.


Adik KASEH mengembara

Selepas selesai Kembara Solat, Sea Explore telah dijalankan di mana adik-adik peserta dibenarkan bermandi-manda di Pantai Merdeka. Malangnya, air pasang ketika itu dan mereka tidak dibenarkan turun ke pantai.

Adik-adik KASEH sempat mandi-manda

Selepas solat Zuhur dan makan tengah hari, sesi ‘Sharing Moment’ dan salam semut diadakan oleh fasilitator bersama dengan para peserta sebagai aktiviti terakhir bersama-sama.


Sharing moment bersama adik-adik

Majlis Perasmian dan Penutupan yang dipengerusikan oleh Saudara Shahmi Bin Asakir telah menjemput Pengarah Program, Saudara Mu’az Bin Mohd Asri untuk memberi kata alu-aluan. Beliau berharap adik-adik peserta mampu mengamalkan apa yang mereka telah dapat apabila pulang ke rumah nanti. Majlis juga dirasmikan oleh Wakil KeARAH Kedah, Encik Feisal. Beliau berkata “Syaitan mengikat diri manusia dengan 3 ikatan. Jika kita bangun lalu berzikir kepada Allah ta’ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwudhu’, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau dia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya ”. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan sijil yang telah disempurnakan oleh Encik Feisal. Tepat jam 4.30 petang, KASEH 2014 melabuhkan tirainya.

Laporan disediakan,
Maryam Kamilah bt Ahmad Sani
KeARAH Kedah

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri