Kunak, 30 September – Pada 28 hingga 30 September , HALUAN Sabah , Pejabat Pelajaran Daerah Kunak bersama Panitia Pendidikan Islam SMK Kunak Sabah telah menganjurkan Kem Nadwah Kepimpinan di Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak , Sabah . Seramai 88 orang pelajar yang rata – ratanya barisan kepimpinan dari 3 buah sekolah daerah Kunak iaitu SMK Kunak , SMK Kunak Jaya dan SMK Madai Kunak telah hadir dengan dibantu seramai 15 orang fasilitator.
Kem yang bertemakan ‘Pemimpin Acuan Al-Quran ‘ menekankan beberapa objektif iaitu membentuk kepimpinan pelajar yang soleh dan solehah , mewujudkan kepimpinan pelajar yang menjadi contoh dan dapat mengubah iklim persekitaran sekolah kearah yang lebih baik.
Moga kem yang telah berlangsung ini memberi satu suntikan ilmu dan semangat kepada para peserta untuk membina diri menjadi pemimpin yang hebat kepada diri , masyarakat dan negara.
Kuliah subuh yang disampaikan oleh Ust. Johan Mahudi Bin Selamat
( Guru Kanan Pendidikan Islam SMK Kunak )
Sarapan sebelum riadah
Penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan oleh Dr. Wan Muhaizan