100 Berkampung Di Kuala Perlis

By | June 14, 2012 at 12:20 pm | 1,471 views | No comments | Berita, KeARAH Wilayah Utara

Kuala Perlis, Perlis 11 Jun – Kelab Guru Haluan(KGH) Perlis dan Kelab Remaja Haluan(KeArah) telah menganjurkan 2 Program secara serentak iaitu Program Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji (procast) dan Kem Anak Soleh dari 5 hingga 6 Jun 2012 di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis dengan penyertaan seramai 100 orang peserta (proCAST, untuk sekolah menengah, Lelaki , 27 Perempuan  ,  40 dan Kem Anak Soleh, untuk sekolah rendah Lelaki ,  23 Perempuan ,  16) dari seluruh negeri Perlis.
ProCast Perlis 2012 telah digerakkan oleh 24 orang petugas urus setia dan fasilitator yang terdiri daripada ahli-ahli Kelab Guru Haluan(KGH), Kelab Remaja Haluan (KeARAH) dan HALUANSISWA. Terdahulu ToT (Training of Trainer) untuk urus setia dan fasilitator telah diadakan pada 4 Jun 2012 di Ma’ahad At-Tarbiyyah Al-Islamiyyah(MATRI) untuk taklimat dan latihan praprogram.

Sebahagian daripada peserta kem

ProCast kali ini yang bertemakan “Memperkasa Kecemerlangan Iman Dan Ilmu” dengan jayanya telah melaksanakan aktiviti forum dengan tajuk ‘Remaja Muslim Di Persimpangan Iman Dan Ilmu’. Para panel forumnya terdiri daripada Pensyarah UUM, Dr Maznah Mat Kassim dan Puan Nashitah Ibrahim selaku PK HEM SMK Tengku Suleiman. Peserta turut disajikan dengan ceramah bertajuk ‘Cemerlang Akademik Sahsiah Terpuji’ oleh En. Azmi Bahari, pakar motivasi daripada RMC Training Centre. Selain itu, aktiviti yang menarik ialah ProCast & Anak Soleh Explorace, dimana para peserta dikehendaki menyelesaikan beberapa tugasan yang diberikan di sepanjang explorace tersebut. Di samping itu peserta juga mengikuti riadah dalam bentuk aktiviti proCAST & Anak Soleh Games. Penekanan juga diberikan kepada aktiviti kerohanian dengan solat berjemaah, bacaan surah Yasin dan doa al-Ma’thurat serta tadarus al-Quran.
ProCAST dan Kem Anak Soleh Perlis 2012 telah dirasmikan pembukaannya oleh TYDP (Dakwah) Haluan Negeri Perlis, Tn. Hj. Khairul Anuar Hussain dan dirasmikan penutupannya oleh YDP Haluan Negeri Perlis, Ustaz Nawawi Abdul Rahman. Dalam ucapan beliau, Ustaz Nawawi menyeru kepada para remaja agar menjadi pewaris kepada apa yang telah dibawa oleh para ulamak dan tokoh-tokoh Islam . Di akhir ucapan, beliau berharap agar program seperti ini dapat melahirkan remaja yang berjiwa kental dalam mendepani cabaran globalisasi dewasa ini.
Program kali ini telah diketuai oleh Cikgu Ghazali Saad selaku Penyelaras, Saudara Mohd Shahril Mat selaku Pengarah Kem dan Saudara Abdul Salem bin Abdul Wahab Sebagai Kem Komandan proCAST manakala serta Saudara Abdullah Farhan bin Hashim berperanan sebagai Kem Komandan Kem Anak Soleh. ProCast Perlis 2012 merupakan program berkala di peringkat negeri di bawah   kendalian Kelab Guru Haluan (KGH) dengan  kerjasama Kelab Remaja (KeARAH) manakala Kem Anak Soleh merupakan program di bawah kendalian Kelab Remaja Haluan (KeARAH).

Selain di Perlis, ProCast dan Kem Anak Soleh turut diadakan di negeri-negeri lain di seluruh Malaysia bagi menyediakan program yang bermanfaat dan mendidik para peserta menjadi insan yang berilmu dan beramal bagi mencapai redha Allah s.w.t.

Psesert perempuan ProCast

Aktiviti Riadah ProCast

About the Author

Radhi

Saya seorang Muslim yang amat berharap suatu hari nanti Islam pasti memanyungi seluruh umat manusia di dunia ini.InshaALLAH!Hubungi saya di Facebook Muhammad Radhi

Comments

© 2012 KeARAH. All rights reserved.
Created by: Faiz Shukri