Pada hari kedua lawatan, mereka telah mengadakan lawatan ke kilang Proton, sebelum bertolak Karangkraf. Pengarah Karangkraf, Dato’ Hussamuddin Hj Yaakob yang merupakan seorang anak jati Kelantan berkata, ”ramuan kejayaan bukan sahaja usaha yang gigih dan berani menghadapi cabaran tetapi keyakinan kepada pertolongan Allah dan sentiasa bertawakal kepada-Nya”. Beliau juga menasihati peserta rombongan agar yakin pada diri sendiri dan berani membuat sesuatu perubahan. Di waktu petang, rombongan bertolak ke Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam untuk mengikuti satu slot tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Farhan. Seusai tazkirah tersebut, mereka diraikan dengan hidangan minum petang dan cenderahati istimewa daripada pihak masjid. Pada hari yang ketiga, mereka berkunjung ke Petrosains, KLCC dan mengikuti satu slot lagi tazkirah mengenai ‘Remaja dan Generasi al-Quran’ di Masjid KLCC sebelum dijamu makan tengah hari. Mereka sempat membeli-belah di Timesquare dan meneroka bandaraya Kuala Lumpur dengan menaiki monorel. Keesokan pagi, mereka bertolak ke Masjid Putrajaya sebagai lawatan penutup. Di sini, mereka telah dapat bermesra dengan ahli-ahli HALUAN di Putrajaya sambil dijamu selera makan tengahari.
Pada hari pertama lawatan tersebut, rombongan telah berkunjung ke Zoo Melaka, Taman Mini Malaysia, Muzium Samudera dan Melaka River Cruise. Para remaja peserta rombongan telah dapat menghayati keindahan alam ciptaan Allah di samping mengenali budaya dan warisan masyarakat di Malaysia.

Pelbagai pengalaman baru dan pengetahuan yang berharga dapat dikutip melalui lawatan ini. Jelas usaha ini telah dapat membina semangat kerjasama dan ukhwah, pembentukan disiplin samada dari segi masa atau komunikasi, stamina diri, sifat kepimpinan, percambahan minda dan motivasi diri.


