Kuala Lumpur, 5 November – Kelab Remaja HALUAN Malaysia (KeARAH) Nasional akan menganjurkan Kem Minda Kreatif 2011 (KMK2011) di seluruh negara sempena cuti persekolahan akhir tahun 2011. KMK2011 dianjurkan mengikut negeri masing-masing. Antara negeri yang mengambil bahagian ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Tengah (Selangor dan Kuala Lumpur), Johor, Sabah, Terengganu dan Kelantan.
Kluang, 4 Jun – Pada 2 hingga 4 Jun, Kelab Remaja Haluan bersama Haluan Siswa negeri Johor telah menganjurkan Kem Asah Fakuliti Insan (KAHFI) di Sekolah Rendah Islam As-Siddiq . Seramai kira-kira 50 orang peserta yang terdiri daripada ahli Kelab Remaja Haluan Johor telah menghadiri kem ini.
Kangar 1 Jun – Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Kedah/Perlis telah menganjurkan Program Usrah Minda Kreatif (PEMIKiR) siri 2/2011 yang bertempat di Chalet Jabatan Perhutanan, Bukit Ayer. Program bertemakan “Memperkasa Kecemerlangan Ilmu” ini telah disertai seramai 96 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan berusia antara 8 hingga 17 tahun. Program ini turut dibantu oleh urusetia dan fasilitator yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPT yang sedang bercuti.
Merbok, 10 Jun - Kem Asah Fakulti Insan (KAHFI) Zon Utara telah diadakan pada 6 hingga 8 Jun di Kem Merbok di sini dengan penyertaan seramai 87 orang peserta (37 lelaki dan 50 perempuan) dari negeri-negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.
SHAH ALAM - Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) dan HALUANITA telah menganjurkan Program Kem Anak Soleh (KASEH) peringkat Selangor dan Wilayah Persekutuan dari 7 hingga 8 Disember 2010. Program yang bertemakan ‘Anak Soleh Penyejuk Mata, Penawar Hati, Peneraju Masa Depan’ ini diadakan di Kem Bumi Jati, Shah Alam dan disertai oleh seramai 120 peserta yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan berumur antara 8 hingga 12 tahun.
Kem Minda Kreatif 2010 anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) akan dianjurkan di setiap negeri Semenanjung Malaysia!
26 Oktober 2009, Pariaman, Indonesia - Relawan-relawan HALUAN daripada Pasukan Ketiga Misi Kemanusiaan Padang terus gigih menyumbang bakti kepada mangsa-mangsa gempabumi di Pariaman. Hari kedua mereka berada di sana, pasukan yang diketuai oleh Sdr Abd Basir Abd Ghani ini memasuki dua buah perkampungan yang sangat memerlukan bantuan, iaitu Kg Lubuk Alung dan Sg Seringin.
PENGKALAN CHEPA, 25 Disember 2009 -- Seramai lebih 180 orang pelajar yang baru selesai menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengikuti program Kem Jatidiri dan Kesukarelawanan Remaja 2009 yang dianjurkan bersama oleh HALUAN, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD.) Upacara perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga dan Pembangunan Masjid (KESUMA) JAKIM, Tuan Haji Ghafani Awang Teh, dalam satu acara penuh kenangan di Dewan Utama KTD, Pengkalan Chepa.
Kunak, 3 Mac 2010 -- Alhamdulillah, HALUAN dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan Kampung, pihak Ladang dan Pusat Pelajaran Daerah Kunak dan Semporna, Sabah telah menjayakan Program Pembangunan Modal Insan (PPMI) dan Program Kecemerlangan Pendidikan (PKP) dari 26 Februari hingga 2 Mac 2010. Kedua-dua program tersebut adalah di bawah tajaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah.
KUALA LUMPUR, 30 Mac - Jarang kita melihat sebuah konsert nasyid dapat mengawal mood penonton dengan begitu baik sekali sehingga hampir seluruh persembahan dihayati dan khalayak turut mengambil bahagian. Tetapi itulah yang berlaku dalam konsert 'Lifeline 4Gaza' di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan, di sini baru-baru ini.

No current events.
Sila hubungi kami;
