“ Jam tangan ana hilang. Ada sesiapa ternampak tak?” Nurul bertanya kepada housemates nya yang sedang berbual-bual di ruang tamu. Nurul kelam kabut, kelasnya akan bermula sepuluh minit dari sekarang, tetapi jam tangannya pula hilang.
“ Tak ada lah pulak,” Shahira membalas ringkas sebelum menyambung semula ceritanya.
“ Dalam bilik air dah tengok?” Giliran Ain pula bersuara.
“ Takde, tengok dah. Takpelah,” Nurul meninggalkan enam orang teman-temannya. Mereka lantas meneruskan perbualan sementara Nurul berlalu ke bilik untuk meneruskan pencariannya. Sendirian, sedangkan baru semalam mereka menghadiahinya kad ucapan ulangtahun kelahiran yang ke-20, dan tersemat di dalamnya “uhibbik fillah ya ukhti Nurul” .
Muhammad Bin ‘Abdullah, sang ikutan umat, tokoh paling popular sepanjang masa, bak kata pepatah tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Pembawa berkat bagi seluruh alam, kekasih Allah, raja yang bijaksana, jeneral perang yang berani, negarawan yang tiada tandingannya, manusia suci dan entah berapa gelaran lagi yang mesti disematkan kepada beliau.
Kuala Terengganu, 23 Januari – Bertempat di Scout Inn Resort (Kem Pengakap Tengku Mohamad Ismail), Telaga Batin, Kuala Terengganu telah diadakan Program PeWARIS Remaja HALUAN Kebangsaan (PeWARIS2012) yang disertai oleh 148 orang peserta dari seluruh Malaysia.
Realiti dunia, masa berlalu, musim berganti. Usia menginjak dewasa. Dahulunya kanak-kanak.. Kini melangkah ke alam remaja dan pastinya ramai yang menunggu masa untuk bergelar mahasiswa. Pasti! Itu impian ramai remaja.
Kerana itu, minda diasak pelbagai persoalan dan tanda tanya.

No current events.
Sila hubungi kami;
