Kelab Remaja HALUAN | KeARAH

PEMIKiR 2 Memperkasa Kecemerlangan Ilmu di Perlis Featured

LittleCaliph Ahad, 19 Jun 2011 13:41 , dengan 0 komen
Nilai artikel ini
(1 vote)

Kangar 1 Jun – Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Kedah/Perlis telah menganjurkan Program Usrah Minda Kreatif (PEMIKiR) siri 2/2011 yang bertempat di Chalet Jabatan Perhutanan, Bukit Ayer. Program bertemakan “Memperkasa Kecemerlangan Ilmu” ini telah disertai seramai 96 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan berusia antara 8 hingga 17 tahun. Program ini turut dibantu oleh urusetia dan fasilitator yang terdiri daripada pelajar-pelajar IPT yang sedang bercuti.


Menurut pengarah PEMIKiR 2, saudara Muhammad Ihsan b Zakaria, program yang dirancang ini telah berjalan dengan baik dan berakhir dengan jayanya. Objektif program ialah untuk membawa para peserta memahami kepentingan menuntut ilmu dan hakikat kecemerlangan yang sebenar di samping peserta juga dilatih untuk mempunyai azam untuk mencapai kecemerlangan demi memartabatkan Islam.

 

Forum Debat

Program Usrah Minda Kreatif kali ini memberi penekanan terhadap kecemerlangan ilmu di mana antara aktiviti yang dijalankan termasuklah slot forum yang bertajuk “Memartabatkan Islam melalui Kecemerlangan Ilmu.” Ustaz Ahmad Muhtad dan Ustazah Faizah telah dijemput sebagai ahli panel pada sesi forum ini. Sesi ‘mind setting’ telah dikendalikan dengan baik oleh Kem Komandan PEMIKiR 2, saudara Abdul Salim b Abdul Wahab. PEMIKiR Group Activities (PGA) telah diadakan pada sesi petang di mana para peserta telah diasingkan mengikut sekolah rendah dan sekolah menengah. Antara aktiviti yang dijalankan semasa slot ini ialah debat ala islamik dan mencipta pakaian surat khabar.

Peserta Peserta Lelaki

Reaksi para peserta menunjukkan kepuasan hati mereka kerana mendapat input yang berguna untuk dipraktikkan apabila pulang nanti. Semua peserta menerima sijil penyertaan yang telah disampaikan dalam majlis penutup sebelum program bersurai sekitar jam 5.30 petang.

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated.
Basic HTML code is allowed.


Aktiviti Terdekat

No current events.

Pengguna

Total Members : 98
Latest Member : permata
Members Online : 0
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers

Hubungi Kami

Sila hubungi kami;

  • Alamat: No. C-02-17, Tingkat 1, Jalan Taman Kenari 12, Taman Seri Kenari 43000, Selangor Darul Ihsan
  • Tel: 03 8736 6564 (Pej) 019 269 3042 (Pengerusi)

KeARAH Facebook



Our Partner

Our Partners