Kelab Remaja HALUAN | KeARAH

PeWARIS V Sasar Pemimpin Remaja

KANGAR, 18 Februari - Perkhemahan PeWARIS Remaja HALUAN (PeWARIS V) anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Nasional menyasarkan 140 orang aktivis remaja KeARAH berumur 15 tahun hingga 19 tahun yang terpilih dari seluruh negara untuk melibatkan diri dalam perkhemahan kali ini. PeWARIS V yang akan mengambil tempat di Eagle Park Resort & Spa, Perlis bakal dimeriahkan dengan kedatangan lebih 60 fasilitator berkaliber yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi selain puluhan veteran HALUAN dari seluruh negara. Bertemakan "Singa di Siang Hari, Rahib di Malam Hari", PeWARIS V akan dijalankan pada awal cuti pertengahan semester sekolah iaitu pada 12 hingga 14 Mac tahun ini.

Baca Lagi...
 

KMK Wilayah Timur Lahir Generasi Pewaris

 

MACHANG, 16 Disember - Seramai 170 orang remaja yang terdiri dari tiga buah negeri pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang telah menyertai Kem Minda Kreatif ke-3 peringkat Zon Timur yang berlangsung dengan meriahnya di Hutan Lipur Bukit Bakau, Machang pada 14 hingga 16 Disember 2009 lalu selama 3 hari2 malam. Kem yang bertemakan ‘Melahirkan Generasi Pewaris’ ini dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Zon Timur dengan kerjasama Kolej Teknologi Darulnaim. Seramai 42 orang ahli-ahli HALUANSiswa yang berasal dari Pantai Timur turut serta membantu perjalanan program sebagai fasilitator dan urusetia. Mereka telah berkampung di sana bermula 13 Disember lagi untuk memperkemaskan lagi pelaksanaan program KMK pada kali ini.

Baca Lagi...
 

Puteri KeARAH Jayakan PESONA di Masjid Putra

 

PUTRAJAYA, 6 Disember 2009 -- Kem Pesona Remaja Puteri telah berjaya dilaksanakan hasil anjuran bersama HALUANITA dan Masjid Putra, Putrajaya dari 4hb hingga 6hb Disember baru lalu. Program selama 3 hari yang diadakan di Masjid Putra tersebut berjaya mearik penyertaan remaja puteri dari beberapa negeri, termasuklah dari negeri Selangor, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan juga Melaka.

 

Baca Lagi...
 

KMK Selatan Dedah Kemahiran Kepimpinan

 

ULU TIRAM , 1 Disember – Program Kem Minda Kreatif (KMK) ke-10 anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) telah berlangsung dengan jayanya di Tiram Indah Village, Johor. Kem tiga hari dua malam ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dari 110 orang peserta yang hadir. Dengan bertemakan ‘Kami Hadir Sebagai Pemimpin’, kem ini dipenuhi dengan modul-modul yang memberi kemahiran kepimpinan kepada para peserta.

Baca Lagi...
 
  • «
  •  Mula 
  •  Sblm 
  •  1 
  •  2 
  •  3 
  •  Seterusnya 
  •  Tamat 
  • »
Muka 3 dari 3


Aktiviti Terdekat

No current events.

Pengguna

Total Members : 98
Latest Member : permata
Members Online : 0
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers

Hubungi Kami

Sila hubungi kami;

  • Alamat: No. C-02-17, Tingkat 1, Jalan Taman Kenari 12, Taman Seri Kenari 43000, Selangor Darul Ihsan
  • Tel: 03 8736 6564 (Pej) 019 269 3042 (Pengerusi)

KeARAH Facebook



Our Partner

Our Partners