Kelab Remaja HALUAN | KeARAH

Rehlah Remaja HALUAN Gombak Membekas Ukhuwwah

Syed Zulfaqar Bin Syed Mohd. Khair Isnin, 20 Disember 2010 09:04 , dengan 1 komen
Nilai artikel ini
(4 votes)
Rehlah Tarbawi Rehlah Tarbawi HALUANGombak

GOMBAK - Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Gombak telah menganjurkan Program Rehlah Remaja HALUAN peringkat Gombak pada 15 Disember 2010 yang bertempat di Tapak Perkelahan Sungai Kroh, FRIM, Gombak. Program yang bertemakan ‘Remaja Muslim Cergas’ ini disertai oleh seramai 19 orang peserta yang terdiri daripada pelajar lelaki berumur antara 12 hingga 16 tahun. Program ini turut dibantu oleh empat orang urusetia daripada HALUANSiswa serta Ustaz Mohd Fauzi Naim yang mewakili HALUAN Gombak.


Menurut Pengarah Rehlah kali ini, saudara Wan Muhammad Safwan, “Rehlah yang dirancang ini telah berakhir dengan jayanya dan berjalan seiring dengan objektif yang ditetapkan, yang antara lainnya ialah mengisi masa lapang remaja dengan perkara berfaedah, mengeratkan silaturrahim antara peserta serta membentuk fizikal muslim yang cergas”.

Rehlah Remaja HALUAN Gombak pada kali ini berorientasikan ‘water-based games’ dimana sepanjang program berlangsung berbagai aktiviti air telah dijalankan. Antaranya ialah polo air, jambatan manusia, ibu dan anak ikan, piramid manusia dan bola beracun. Semua aktiviti air ini diadakan dalam bentuk pertandingan dimana peserta telah dibahagikan kepada kumpulan dan bersaing secara sihat sesama mereka.

Selesai setiap aktivti yang dijalankan, ‘check and balance stations’ akan diadakan dimana para peserta akan diajak untuk merenung dan memikirkan ibrah(iktibar) yang dapat diambil dari setiap aktiviti yang dijalankan. Salah seorang peserta, saudara Muhammad Ikram Bin Abdul Halim berkata, “dalam permainan polo air kita dapat analogikan bola yang kita pegang dan dakap sebagai ISLAM dimana kita akan pegangnya dengan teguh dan erat hingga kita dapat menjaringkan gol dan takkan membiarkannya sampai ke tangan lawan atau musuh kita”. Secara keseluruhannya rata-rata aktiviti yang dijalankan telah memberi impak yang positif kepada para peserta terutama dalam mengeratkan ukhuwwah antara mereka.

Semasa sesi kalimah akhirah, Ustaz Mohd Fauzi Naim mewakili HALUAN Gombak mengingatkan peserta untuk merenung ciptaan ALLAH sebagai wasilah untuk mengenaliNYA. “Bayangkan air sungai yang mengalir tanpa henti tanpa perlu kepada sebarang pam serta hutan belantara yang menjadi paru-paru dunia yang membekalkan oksigen tanpa putus kepada kita, semua ini perlu kita renung dan fikir bagi menambahkan lagi keyakinan kita kepada ALLAH” pesan ustaz kepada para peserta. Sedikit cenderahati diberikan kepada peserta dan program bersurai sekitar jam 1.30 petang.

Syed Zulfaqar Bin Syed Mohd. Khair

Syed Zulfaqar Bin Syed Mohd. Khair

 

Jiwa remaja penuh dengan semangat dan unsur dinamik..

Sebagai mereka yang pernah melalui usia remaja, ana berpesan marilah para remaja kita bersama-sama menyalurkan semangat, bakat, potensi serta kemahuan kita untuk ISLAM..

Moga-moga ALLAH redha kepadaku dan kamu..

Syed Zulfaqar, Kelab Remaja Haluan (KeARAH), Gombak.

Latest from Syed Zulfaqar Bin Syed Mohd. Khair

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated.
Basic HTML code is allowed.

1 Comment

  • Comment Link Muhd Radhi Selasa, 21 Disember 2010 14:10 posted by Muhd Radhi

    inshaALLAH!!..truskan..teguhkan langkahan kerana ALLAH!!


Hubungi Kami

Sila hubungi kami;

  • Alamat: No. C-02-17, Tingkat 1, Jalan Taman Kenari 12, Taman Seri Kenari 43000, Selangor Darul Ihsan
  • Tel: 03 8736 6564 (Pej) 019 269 3042 (Pengerusi)

KeARAH Facebook



Our Partner

Our Partners