Kelab Remaja HALUAN | KeARAH

Peserta ALERT Ikrar Bangkitkan Ummah

LittleCaliph Selasa, 23 Mac 2010 01:58 , dengan 1 komen
Nilai artikel ini
(1 vote)

KANGAR, 14 Mac -- Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) telah berjaya menganjurkan ProACTIVE Leaders Retreat (ALERT) 2010 atau lebih dikenali sebagai Perkhemahan Pewaris Remaja HALUAN Kebangsaan (PEWARIS 5) dari 12hb hingga 14hb Mac 2010. Perkhemahan yang diadakan di Eagle Park Resort & Spa, Sungai Batu Pahat itu telah dihadiri oleh seramai 143 pemimpin remaja dari seluruh negara. PEWARIS kali ini membawa tema "Singa di Siang Hari, Rahib di Malam Hari."


 

Melalui PEWARIS 5 ini, peserta telah melalui pelbagai aktiviti yang mencabar, antara lainnya XPDC Utopia di mana para peserta keluar ke jalan, lorong dan memasuki kedai untuk masuk berhadapan dengan masyarakat secara lebih dekat. Acara ini menyaksikan bandar Kangar dibanjiri dengan gelombang hitam, kuning dan putih, iaitu pakaian rasmi peserta program kali ini. Selain dari itu, peserta juga telah mengikuti beberapa modul pengukuhan diri dan kerjasama berkumpulan iaitu CounterStrikeThink TankSynergy dan Break the Ice.

Beberapa orang pemimpin HALUAN telah membentangkan kertas kerja berkaitan peranan remaja dalam menyemarakkan usaha pengukuhan diri dan kesukarelawanan, selaras dengan motto berakhlak, mendidik dan berbakti. Presiden HALUAN, Dr Abdullah Sudin Abd Rahman, telah menyampaikan ucaptama khas yang bertajuk "Youth in Islamic Renaissance." Dalam ucapannya, beliau menaruh harapan yang tinggi kepada setiap peserta selaku pemimpin remaja untuk terus membina akhlak yang mulia dan menyemarakkan usaha mendidik dan berbakti kepada masyarakat. Bersempena dengan majlis itu juga, Dr Abdullah Sudin telah melancarkan portal KeARAH.

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated.
Basic HTML code is allowed.

1 Comment

  • Comment Link ld Khamis, 16 Februari 2012 17:09 posted by ld





    .

    Hacked By Your_nick
    alert("Hacked By Your_nick - Italian Hackers")







    This Web Site contains bug -
    HaCkEd By Your_Nick - Italian Hackers



     


     


    Site HaCkEd By Your_Nick


     


     





Hubungi Kami

Sila hubungi kami;

  • Alamat: No. C-02-17, Tingkat 1, Jalan Taman Kenari 12, Taman Seri Kenari 43000, Selangor Darul Ihsan
  • Tel: 03 8736 6564 (Pej) 019 269 3042 (Pengerusi)

KeARAH Facebook



Our Partner

Our Partners