Kelab Remaja HALUAN | KeARAH

KeARAH Anjur Kem Minda Kreatif di Seluruh Negara Featured

LittleCaliph Ahad, 06 November 2011 01:55 , dengan 1 komen
Nilai artikel ini
(1 vote)

Kuala Lumpur, 5 November – Kelab Remaja HALUAN Malaysia (KeARAH) Nasional akan menganjurkan Kem Minda Kreatif 2011 (KMK2011) di seluruh negara sempena cuti persekolahan akhir tahun 2011. KMK2011 dianjurkan mengikut negeri masing-masing. Antara negeri yang mengambil bahagian ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Wilayah Tengah (Selangor dan Kuala Lumpur), Johor, Sabah, Terengganu dan Kelantan.


Tema KMK2011 pada tahun ini ialah "Remaja Dinamik, Kehidupan Fantastik". Koordinator Pusat KMK2011, Nu'man Afifi Sa'adan dipetik sebagai berkata, “KMK2011 ini bertujuan membina kesedaran asas keyakinan diri dan menjauhkan diri dari gaya hidup yang tidak sihat, mewujudkan jalinan setiakawan dalam kalangan rakan sebaya, memupuk kemahiran hidup dan sifat berdikari, melatih kecergasan dan ketahanan minda dan fizikal serta memperkenalkan gerak kerja berorganisasi."



Penyertaan KMK2011 ini dibuka kepada semua remaja sekolah menengah. Pastinya KMK2011 yang hampir sedekad diadakan ini lebih menarik kerana menampilkan pelbagai aktiviti yang sangat mencabar fizikal dan akal serta mempertingkatkan rohani peserta.

Untuk maklumat lanjut sila layari laman web KeARAH (kearah.haluan.org.my) atau laman komuniti Facebook Kem Minda Kreatif (fb.com/kemmindakreatif).

Untuk sila poster-poster promosi KMK negeri anda, sila klik http://on.fb.me/vsOs7R.

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated.
Basic HTML code is allowed.

1 Comment

  • Comment Link budakipoh Ahad, 06 November 2011 23:13 posted by budakipoh

    alhamdulillah..


Aktiviti Terdekat

No current events.

Pengguna

Total Members : 98
Latest Member : permata
Members Online : 0
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers

Hubungi Kami

Sila hubungi kami;

  • Alamat: No. C-02-17, Tingkat 1, Jalan Taman Kenari 12, Taman Seri Kenari 43000, Selangor Darul Ihsan
  • Tel: 03 8736 6564 (Pej) 019 269 3042 (Pengerusi)

KeARAH Facebook



Our Partner

Our Partners