Kelab Remaja HALUAN | KeARAH

PeWARIS V Sasar Pemimpin Remaja

LittleCaliph Isnin, 07 Disember 2009 00:00 , dengan 0 komen
Nilai artikel ini
(0 votes)

KANGAR, 18 Februari - Perkhemahan PeWARIS Remaja HALUAN (PeWARIS V) anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Nasional menyasarkan 140 orang aktivis remaja KeARAH berumur 15 tahun hingga 19 tahun yang terpilih dari seluruh negara untuk melibatkan diri dalam perkhemahan kali ini. PeWARIS V yang akan mengambil tempat di Eagle Park Resort & Spa, Perlis bakal dimeriahkan dengan kedatangan lebih 60 fasilitator berkaliber yang terdiri daripada mahasiswa-mahasiswi selain puluhan veteran HALUAN dari seluruh negara. Bertemakan "Singa di Siang Hari, Rahib di Malam Hari", PeWARIS V akan dijalankan pada awal cuti pertengahan semester sekolah iaitu pada 12 hingga 14 Mac tahun ini.


Menurut Pengarah Program, Nu'man Afifi bin Sa'adan, "Objektif PeWARIS V adalah untuk meneruskan kesinambungan pengalaman antara veteran dan aktivis muda KeARAH selain mencipta jaringan silaturahim dan komitmen antara peserta". Tambahnya lagi, "Adalah penting semua  pihak yang terlibat memahami objektif yang ditetapkan bagi memastikan program ulung KeARAH ini berjaya". Salah seorang fasilitator PeWARIS, Ahmad Asyraf Ilman Zulbahri menyatakan kehangatan program yang hampir tiba."Saya tidak sabar menunggu saat tibanya PeWARIS. Kehangatannya kian terasa!", katanya.

Program ini direncanakan untuk mengaplikasikan beberapa modul intensif kepimpinan berteraskan wahyu yang telah diselidik dan dibangunkan dengan komprehensif antaranya XPDC Urban, CounterStrike, Atten-Hut!, Synergy, Break the Ice dan FireFly. Uniknya PeWARIS kali ini ialah sebahagian besar program dikendalikan dalam bahasa Inggeris. Lebih istimewa lagi, Presiden HALUAN, Prof. Madya Dr. Abdullah Sudin bin Abdul Rahman sendiri turut menyatakan kehadiran beliau untuk merasmikan Majlis Perasmian Penutupan PeWARIS dan Simbolik Perlancaran Portal Rasmi KeARAH. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu memastikan program ini berjaya. PeWARIS merupakan program kemuncak KeARAH setiap tahun dan merupakan yang kelima setakat ini.

Leave a comment

Make sure you enter the (*) required information where indicated.
Basic HTML code is allowed.


Aktiviti Terdekat

No current events.

Pengguna

Total Members : 98
Latest Member : permata
Members Online : 0
Today : 0 Registers
This Week : 0 Registers
This Month : 0 Registers

Hubungi Kami

Sila hubungi kami;

  • Alamat: No. C-02-17, Tingkat 1, Jalan Taman Kenari 12, Taman Seri Kenari 43000, Selangor Darul Ihsan
  • Tel: 03 8736 6564 (Pej) 019 269 3042 (Pengerusi)

KeARAH Facebook



Our Partner

Our Partners