|
"Couple" dapat diistilahkan sebagai pasangan yang berbeza jantina yang menjalinkan hubungan cinta atas dasar memenuhi tuntutan ammarah (nafsu). Remaja sekarang amat berbangga jika bercakap tentang "couple" masing-masing, tanpa mengetahui samada hubungan itu diredhai Allah atau dimurkai. Persoalannya,adakah istilah "couple" ini wujud di dalam Islam , apakah hukumnya? |
|
Sejak dari kecil kita telah diasuh oleh keluarga kita. Kemudian meningkat ke usia 5 tahun, kita dihantar ke tadika. Kemudiannya ke sekolah rendah, menengah. Akhirnya ke institusi pengajian tinggi. Tahap demi tahap, kita dididik supaya menjadi manusia yang terpelajar. Sejak dari kecil kita belajar membaca dan mengira, akhirnya kita dilatih supaya menguasai subjek-subjek yang disediakan oleh sekolah. Dan sudah menjadi cita-cita majoriti ibu-bapa untuk melihat anak-anak mereka berjaya dengan prestasi yang cemerlang. Ditambah pula dengan kelas tambahan dan tuisyen, dengan harapan anak-anak mereka mendapat pencapaian yang tinggi. Namun, adakah hanya pencapaian yang tinggi di sekolah itu sahaja yang perlu menjadi cita-cita kita? |
|
" Ketika ditanya tentang HARAPAN hampir semua orang akan menjawab dengan begitu tegas dan yakin, "Saya ingin bahagia". Namun hakikatnya terlalu sedikit yang benar-benar memahami apa yang dimaksudkan dengan kebahagiaan. Seringkali manusia menilai kebahagiaan itu dengan banyaknya harta, tingginya pangkat dan kedudukan atau mungkin ketampanan dan kesegakan. Lantaran itu, kita melihat suami lebih berlama-lama ditempat kerja atau sibuk dengan perniagaan. Isteri pula seringkali menziarahi saloon-saloon kecantikan atau duduk lama-lama berdiskusi tentang tips-tips kecantikan. KELUARGA menduduki tangga yang entah keberapa." -Abu Umar-* |
|
" Wahai orang yang beriman barangsiapa diantara kamu yang murtad dari agamanya, maka Allah akan mendatangkan kepada mereka satu kaum lain yang Allah sayangi mereka dan mereka menyayangi Allah, mereka bersifat lemah lembut sesama orang yang beriman dan bersikap tegas dengan orang-orang yang tidak beriman, mereka berjuang dijalan Allah tanpa rasa takut dan gerun terhadap celaan orang yang suka mencela. Itulah kelebihan Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya. Dan Allah Maha luas ilmu dan Maha mengetahui " (Al-Maidah: 54)
|
|
“Assalamualaikum, Atiqah” sapa Hamooud, pelajar PhD dari Yaman. Terkalih sebentar bacaan menjawab sapaan dia. “Waalaikumussalam...yes Hamooud?”
|
|
Yan, 14 Mac- Rekreasi Iman Bestari (RIMBA) Siri 1/2012 julung kalinya telah diadakan pada 15 dan 16 Mac 2012 anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Kedah dengan kerjasama HALUAN Cawangan Kedah. RIMBA kali ini telah dihadiri seramai 82 orang peserta masing-masing terdiri daripada 50 perserta lelaki dan 32 perserta perempuan rata-rata berumur dalam lingkungan 12 hingga 19 tahun. |
|
Merbok, 14 Mac- Kem Anak Soleh (KASeH) Siri 1/2012 anjuran Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Kedah dengan kerjasama HALUAN Cawangan Kedah telah berjaya diadakan pada 15 hingga 16 Mac yang lalu. RIMBA kali ini telah dihadiri seramai 40 orang peserta masing-masing terdiri daripada 17 perserta lelaki dan 23 perserta perempuan rata-rata berumur dalam lingkungan 9 hingga 12 tahun. |
|
Padang Rengas, Kuala Kangsar – Seramai 41 orang (19 lelaki dan 22 perempuan) yang telah berjaya menyertai Kem Anak Soleh (KASeH) 2012 peringkat negeri Perak yang telah berlangsung pada 13 hingga 15 Mac 2012. |

No current events.
Sila hubungi kami;
